Saturday, 19 February 2011

Mentari Tidak Seindah Yang Disangka

Aku perlu mencari ketenangan yang ingin aku kecapi yang entah bila bisa aku miliki dengan aman dan tenteram. Dalam mencari sesuatu harapan itu, terlalu sukar dan pelbagai rintangan yang perlu aku hadapi dengan sendiri dan  terdapat beberapa pasangan mata yang hanya mampu melihat sahaja dengan jarak yang dekat. Aku memyusuri lorong-lorong gelap dengan hanya bertemankan secarik kertas dan sebatang pensil yang mana ianya bisa boleh menjadi peneman tubuh ini dengan coretan yang entah bila penghujungnya.
“ahh, tolong pergi jauh dari aku, tiada apa yang terbaik yang dapat aku berikan kepada kau”
“mengapa kau harus buat aku sedemikian, tidak terasa kejamkah kau terhadap aku. Sudah lama kita jalinkan cinta yang suci ini dengan tiada satu pun bintik-bintik hitam yang melekat di atasnya alya.”air mata yang selama ini sukar untuk jatuh telah gugur dengan sendirinya dengan tanpa paksaan sesiapa.
Mata comel yang berwarna coklat itu juga telah gugur dengan linangan air mata yang telah basah menutupi pipi yang halus dan comel. Adam dengan perlahan mengelap linangan air mata itu, dengan pantas tangannya ditepis dengan kuatan yang Alya ada.”Mengapakah kau  harus buat ku seperti ini, aku bukan lagi wanita yang telah kau harapkan selama ini, pergilah kau dengan haluan mu sendiri Adam.” Semakin kuat esakkan  kedengaran dari Alya.
Adam terduduk dengan sendirinya dan melemparkan pemandangan yang jauh ditanah bendang yang terbentang meluas dikala senja. Tidakkah kau sedar bahawa aku sangat mencintai diri mu dengan sepenuh jiwa raga ku, tidak cukupkah cinta yang selama ini aku berikan kapadan mu dengan penuh keikhlasan.” Alya tolonglah berikan aku sekali lagi peluang untuk mencintai diri mu dengan setulus hati ku, sekali ini sahaja Alya, sekali ini sahaja.” Adam sayu memperdengarkan apa yang beliau katakannya, kiranya seolah-olah dia bercakap dengan sendiri dan tiada makhluk tuhan di muka bumi ini yang mahu mendengarkan suara hatinya.
“aku bukan lagi insan yang dahulu kau harapkan, aku tidak sempurna seperti dahulu, aku sakit Adam, sakit yang tiada siapa bisa mengubatinya. Biarlah aku mencari kedamaian ku sendiri dengan haluan ku” walaupun begitu, sangat sukar untuk Alya berkata sedemikian kepada Adam, kerana cinta yang suci sukar untuk dicari oleh sesiapa di dunia ini. Alya menutupi mukanya dengan tapak tangan linangan air mata masih lagi bejujuran dengan sendirinya mengenangkan kesesalan yang telah beliau lakukan terhadap teman lelakinya itu.

“ aku tahu kau telah cuba untuk membohongi diri mu, aku tahu masih ada sebuku cinta yang telah aku berikan kepada mu dalam lubuk hati kau Alya, tidakkah kau berasa sakit dengan melakukan ini kepada ku.”Adam bangun dan menghadap kehadapan Alya dengan tangannya bingkas memegang bahu kesihnya itu. Alya hanya mampu mengeluarkan air mata dan hanya memejamkan mata dengan sekuat hatinya. “ mengapa kau harus buat sebegini kepada ku, sudah banyak kali aku katakan, aku redha dengan ketentuan ilahi yang telah kau tanggung selama ini. Aku redha kerana aku adalah makhluknya yang tahu ini adalah dugaan darinya. Izinkan aku meneruskan cinta ku terhadap mu Alya.”Adam merenung dalam kedalam mata Alya. Sedikit demi sedikit  Lya melarikan pandangan matanya kepada Adam dan dengan perlahan beliau melepaskan pegangan daripada adam terhadap bahunya.
“sudah ku katakan beberapa kali. Lupakan diri ku ini, buanglah aku sejauh mana yang kau mahukan. Jangan hujut dalam hati mu sekali pun secebis harapan balasan cinta dari ku.”Alya memulakan langkah untuk meninggalkan Adam di tempat yang mempunyai seribu jenis saksi memperlihatkan dan memperdengarkan perbualan yang bisa menjatuhkan jantung sesiapa yang memperdengarkannya. Dengan tidak disedarinya, beliau telah jatuh terduduk dengan kuat sekali lagi di atas tanah kerana menyesali tindakan Alya terhadap dirinya dan sanggup membuat beliau sedemikian.
Matahari tidak lagi seindah tadi yang beliau harapkan hingga penghujungnya. Barangkali matahari pada senja itu turut bersedih memperdengarkan apa yang telah berlaku kepadanya. Adam merasakan seperti ada sesuatu yang berat menimpa kedalam kepalanya yang sehingga dia merasakan tidak lagi mampu menghadapinya seorang diri, dengan sedirinya beliau menjatuhkan kepala ke tanah ciptaan tuhan yang maha esa ini. Fikirannya tidak lagi mampu memikirkan apa yang terbaik yang boleh dia lakukan dengan keadaannya sekarang, dengan hati yang ibarat hancur dan remuk dilanggar kereta meluncur dengan lajunya.

********
“ woi, kau buat apa duduk tempat aku ini, pergi kau dari sini jangan duduk tempat aku. Dengan kekuatan yang telah dipaksa oleh dirinya, Adam menguatkan semangat untuk bangun dan dengan pelahan dia bangun dan pergi dari tempat itu, sejak dari kejadian itu, telah banyak perubahan yang berlaku terhadap dirinya, dengan pakaian yang seminggu tidak bertukar, tidur di peleseran kaki lima dan jalanan, kebersihan diri yang tidak dijaga semenjak dari hari yang beliau rasakan sungguh malang baginya. Terlalu banyak perubahan berlaku terhadap dirinya sehingga ade sesetengah mata yang memandang jijik memperlihatkan perwatakannya sekarang. Selepas kejadian hari itu,Adam terus kembali ke kuala lumpur dengan harapan ingin menjauhkan dirinya dengan Alya, cutinya yang berbaki seminggu itu hanya dihabiskan dengan berjalan di sekitar kuala lumpur dengan tanpa halatuju.
“woi, tunggu sekejap. Apsal kau masuk kawasan aku, kau tak nampak kain hitam yang terikat di tiang lampu tu.”Adam hanya mampu memperdiamkan diri, dia tidak mampu untuk memperkatakan apa-apa. Dengan semangat yang hancur bagaikan luruh ibarat dedaunan kering yang gugur dari pokoknya menjadikan beliau hanya seperti orang bodoh dan tidak mempunyai sebarang semangat seperti orang lain. Argh..”satu tumbukkan menerpa ke perutnya. “woi, kenapa kau tak jawab  soalan aku.” Argh..terdengar lagi suara Adam mengerang kesakitan, kali ini sepakkan di mukanya pula menjadi sasaran. Adam terjatuh di tepian longkang dan mengerang kesakitan. Adam berusaha untuk bangun dan mempertahankan dirinya tetapi dia sememangnya tidak mampu lakukan sedemikian, dalam keadaan kesakitan dia berasa ada sesuatu tusukkan tajam menikam perutnya. “Inikah balasan kau berikan kepada ku setelah lama aku mencintai mu Alya.” Didalam benak hatinya berkata,” inilah yang paling terbaik perlu ku lalui bagi melupakan diri mu Alya, selamat tinggal Alya, selamat tinggal untuk selamanya kekasih ku.”

********

P/s  Berikanlah walaupun secebis harapan kerana dia sangat memerlukan.

Thursday, 17 February 2011

si incik lecturer

Aku adalah aku yang hanya bisa berdiri di bawah tapak kaki ku sendiri,
hanya bisa mencari sedikit ruang kekosongan dan sedikit demi sedikit,
peluang ingin berubah mencari sesuatu yang baru yang mana ianya boleh memberikan aku sedikit kekuatan untuk hidup dan terus memperjuangkan hidup yang tidak seberapa nak menjadi ini..hehhe..

Boleh ke macam 2 nak bermadah. xkesah la..janji rock. jiwa ada sikit kacau juga la kawan ini tgh hari, kepala banyak pening mau pikir pasal dunia yang takde kesudahan, dengan manusia duk sibuk dengan urusan masing2, mencari ape yang telah dirancangkannya dengan mmg dah tak nak amik port pasal hal sekeliling, tau2 je kerja beres, baek punyer.heee..ape ntah aku merepek nie..

Dekat sini aku nak berkongsi sikit yang mane baru je petang semalam berlaku time waktu  kelas maintenance, memang kena follow sebab ari khamis petang mmg ade klas nie, 3-6pm.
First, masuk kelas dulu, belajar tiori ape yang bakal pak Abu dan rakan2 nak jawab masa final exam nanti.”ok kamu semua salin ape yang ade dalam power point nie. Perlu ke incik ktorang salin semua sklie nie, macam banyak la plak rasenya, memang banyak dan untuk pengetahuan korang kat sinie adalah contoh2 jawapan final lepas korang mesti jawab macam nie sebijik kalau nak dapat A+” dengan pantas aku dan membe2 lain salin je la buat2 muke tekun belajar, dah rase macam mase skolah rendah la pulak. Layan je la rentak si incik nie, nah kaw.. nk dekat 8 helai A4 depan belakang woo.”encik kenapa tak bagi je softcopy kt kitorg, kan senang kerja cm 2. ”dengan muke selambe si incik menjawab,” sesaje nak bagi korang kerja, sebelum nie saya je yang tulis kat depankan bagai nak gila, skrang kamu pulak tuliskan untuk saya” sambil muke yang tersenyum kure-kure, mendakan puas agaknya.. Adehh..

Tengah aku dan membe2 menyalin ape yang ade kt dinding putih kat depan, tetiba bunyi lagi suara si incik lecturer,
” brape orang rakyat kelas kamu nie? ”
“ 29 incik”jawab k.kelas.
“ mana yang lain, apsal sikit sangat saya tengok nie”
“ Afiera  tak sihat, 2 orang x sampai lagi, biha dgn zu”
 Afiera sakit ape, dah brpe hari tak datang kelas?”
“ kena chicken-pox incik, dari isnin sampai hari ini Afiera tak datang”
“ owh, awak semua sape yang tak penah kena chicken-pox lagi”ade 2, 3 orang yang angkat tangan.” Haa..sape yang tak penah kena lagi 2 kena ingat eaa..parut die susah nak hilang klau dah besa2 nie tetiba kena, saya dah penah kena heee, patut la kami tengok muke incik tak ade lubang dan kesan parut” amik kaw agak tertetas jgak la seluar si incik lecturer di bhagian pinggul..hehe..

Dalam masa yang sama, masuk la bdak yang lewat tadi ke dalam kelas, dengan rase serba salahnye biha dengan zu memberikan alasan dengan tanpa disuruh si incik nie,

“ ehemm2..incik maafkan kami sebab lewat, tadi dah separuh jalan kami on da way saya tertinggalll...”
Dengan muke selambe  dengan spontan, si incik bertanye,” awak penah kena chicken – pox?”
 si bdak 2 org nie dengan terkebil2 menjawab." pernah incik” jeng3..

Teheee...bes wo klas dengan si incik lecturer nie. Blaja memang sempoi, die pnyer lawak spontan die mmg tak boley blaa..haha
Aku tengok membe2 ak yang laki dah buat aksi2 dan gelak kaw2  yang  diorg buat.
Sebagai contoh;-
1.      Mantaro gelak sambil buku tepok kt dahi beberapa kali dengan cepat.
2.      Zakia, gelak guling-guling.
3.      Dan bnyak lagi aksi..hehe